Batu permata: Dendrite Opal/Akik
Batu Dendrite Opal / Dendritic Opal / Merlinite di bawah ini telah
menjadi batu peberet saya setakat ini kerana lihat sajalah bendasing
seakan pokok dalam laut di dalam batu tersebut. Warna motif nya pun
bukan hanya hitam seperti Dendrite opal yang biasa, tetapi ada juga
warna coklat hingga oren gitu.
Berlatar belakang langit
Saiz 32 x 21 mm
Pandangan belakang
Pandangan Makro, disuluh lampu LED dari handphone di belakang
Dendrite Opal natural ini berasal dari Afrika. Begitu juga Dendrite Opal
yang di bawah ini. Walaubagaimana pun, pilihan hati saya ialah Dendrite
Opal yang di atas. Bagaimana pula dengan pilihan anda? :)
Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak
seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang
ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan
mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom
SubhanAllah wa masya Allah .......
Info ringkas tentang batu permata Dendrite Opal / Merlinite
Dendritic Opal (atau Moss Opal) adalah nama yang diberikan kepada
mana-mana opal yang mengandungi bendasing seakan pokok atau paku-pakis
seperti silikat atau oksida mangan. Gelaran pasaran batu ini yang lebih
popular adalah Merlinite.
Menurut Kamus Oxford, perkataan 'dendrite' merujuk kepada tanda seakan
pokok atau lumut semulajadi pada batu atau mineral. Opal biasa adalah
Silika yang tidak mempunyai struktur beruniform. Sebenarnya batu ini
bukan benar-benar Opal kerana tidak ada permainan warna, tetapi ianya
adalah batu akik (agate) / chalcedony.
Formula kimia adalah SiO2. Komposisi silikon dioksida. Mineral ini mempunyai 7 tahap kekerasan dan graviti tentu 2.6-2.7. [1]